Thursday, 2 January 2020

Tiada Kenaikan Bayaran Urusan Tanah Terengganu - Dr Azman

SHARE
Dr Azman (kiri) tetap menemui rakyat dan menyantuni mereka tanpa mengira  parti mana mereka memberi sokongan. 

KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Tidak ada kenaikan kadar bayaran urusan tanah akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Terengganu dengan jumlah kenaikan sebagaimana yang diviralkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kadar fi bayaran pejabat bagi urusan tanah yang diguna pakai oleh negeri Terengganu sekarang adalah kadar fi yang diwartakan pada tahun 1987 dan telah berusia 32 tahun.

Katanya, memang ada kajian dan semakan semula kadar fi yang sedang dibuat oleh kerajaan. 

Jelasnya lagi, kajian semakan semula untuk mencadangkan kadar baru telah dilakukan sejak tahun 2016 lagi.

"Ia perlu disemak semula bersesuaian dengan kadar harga tanah semasa sebagaimana negeri-negeri lain iaitu Kelantan (2019), Pahang (2017), Kedah (2016), Johor (2005) dan Selangor (2003).

"Tetapi tentunya kepentingan rakyat adalah faktor utama yang akan diambil kira dalam menentukan kadar baru agar ia tidak membebankan," jelasnya dalam satu kenyataan media semalam.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: