Saturday, 18 January 2020

Terengganu Sasar Halalkan ‘Tanah Haram’ Petani

SHARE
Dr Azman Ibrahim.

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU, 18 januari – Kerajaan terengganu terus komited membantu para petani untuk menghalalkan tanah tanaman padi yang berstatus tanah haram.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum menjelang akhir tahun 2020 petani yang tidak layak mendapat skim bantuan subsidi baja, racun dan benih kerana tanah berstatus haram akan diberi perhatian.

Jelasnya, status tanah halal atau mempunyai hak milik dijangka mampu meningkatkan hasil dan pendapatan para petani apabila memperolehi banyak keistimewaan.

“Tanah padi haram perlu diubah status menjadi halal iaitu dengan pemberian geran hak milik atau paling kurang Lesen Menduduki Sementara (LMS). Memiliki LMS sudah melayakkan pesawah mendapat skim bantuan subsidi yang dimaksudkan.

“Benih, baja dan racun padi semuanya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Kita kerajaan negeri hanya bantu sebagai pemudahcara antara bahagian Industri Asas Tani (MOA) dengan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana sasaran untuk menyelesaikan status tanah padi haram pada tahun lepas di baruh gong machang dan gong telikong besut telah tercapai hasil kerja keras semua pihak.

“Saya menyeru kepada semua yang masih mengusahakan tanah haram dengan tanaman padi untuk tampil ke pejabat tanah daerah di mana lokasi tanah tersebut berada. Isi borang jadual 1 permohonan tanah atau isi borang permohonan LMS.

“Untuk tanah padi keluasan maksimun yang boleh dimohon ialah dua ekar. Walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram.

“Kerajaan bukan mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi kita mahu bantu supaya yang haram jadi halal,” jelasnya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: