Sunday, 19 January 2020

TDM Kupas Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar

SHARE

KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kumpulan TDM Berhad (TDM) meneruskan program 'Corporate Social Responsibility (CSR) siri kelima dengan penganjuran program Salasilah Ulama Tok Ku Tuan Besar.

Ianya berkisar tentang ketokohan Tok Ku Tuan Besar dan sumbangannya dalam perkembangan Islam di Terengganu. Secara langsung, peserta dapat mengetahui tentang salasilah keluarga Tok Ku Tuan Besar; kelahiran, pendidikan, perkahwinan serta karya penulisan dan sumbangan ilmiahnya.

Ianya telah disampaikan oleh Profesor dari Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Engku Ahmad
Zaki Engku Alwi.

Ketua Pegawai Eksekutif TDM, Zainal Abidin Shariff berkata, TDM merasa bertanggungjawab mengangkat sejarah mengenai ciri kepimpinan yang terdapat pada Tok Ku Tuan Besar.

"Seperti kita sedia maklum, Tok Ku Tuan Besar telah memberi sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat Terengganu. Hal ini bukan semata-mata kerana ilmu dan pengalaman beliau, bahkan
kerana akhlak yang menjadi kepercayaan pemimpin pada ketika itu serta penerimaan
masyarakat terhadap diri beliau melalui ketokohan dan keperibadiannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tersebut di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital di sini baru-baru ini.

Program ini merupakan salah satu program bulanan tanggungjawab sosial CSR TDM. Program CSR dilaksanakan secara bersiri pada setiap bulan, minggu ketiga dan pada hari Rabu.

TDM sebagai penganjur program menyediakan tempat kepada orang awam yang berminat mendalami peradaban dari tiga sudut iaitu sejarah, budaya dan bahasa.

Ianya menjadi salah satu platform kepada orang awam yang berminat untuk mendalami peradaban sebagai pengantara unggul wadah ilmu dan maklumat rakyat.

Turut hadir, orang awam, badan-badan korporat dan warga universiti selain daripada kakitangan Kumpulan TDM Berhad.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: