Thursday, 2 January 2020

SRIDI AMBS Semakin Diterima Baik

SHARE

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 2 Januari- Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) yang memasuki tahun kedua pengoperasiannya semakin diterima baik oleh para ibu bapa di daerah ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, jumlah pelajar yang dahulunya 18 orang telah pun bertambah kepada 26 orang.

“Saya juga dimaklumkan bahawa jumlah guru juga bertambah lima orang menjadikan jumlah tenaga pengajar sekarang 12 orang termasuk guru besar.

“Dijangkakan setiap tahun jumlahnya akan bertambah dan alhamdulillah ianya menunjukkan perkembangan positif dan mula menjadi pilihan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembukaan penggal baharu sekolah berkenaan, semalam.

Dalam pada itu, Ghazali berkata, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga akan memulakan operasi tidak berapa lama lagi di daerah itu.

“Alhamdulillah DUN Bukit Besi terpilih untuk dilaksanakan manifesto kerajaan negeri, kita mendoakan agar sekolah berkenaan akan mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi pilihan utama ibu bapa,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: