Wednesday, 29 January 2020

Senyum Dan Beri Salam Amalan Yang Baik

SHARE
Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT - 28 Januari - Senyum dan memberi salam adalah satu rutin yang baik untuk dijadikan amalan harian ketika bertemu dengan seseorang.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan  Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, orang ramai digalakkan melakukan amalan tersebut kerana ia merupakan amalan yang terpuji dalam Islam.

“Kita amat menggalakkan para belia agar sentiasa senyum dan memberi salam kepada orang yang lebih  tua tanda kita menhormati mereka,“ ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam program Kempen Jom Beri Salam & Senyum pada Isnin, 27 Januari.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.

"Dalam masa beriadah juga kita nak kempenkan memberi salam. Peserta-peserta yang hadir diingatkan supaya memberi salam dan senyum kepada pengunjung yang datang ke Bukit Keluang.

"Kempen yang biasa tapi ia semakin dilupakan, didalam agama Islam apabila setiap kali bertemu sesama muslim digalakkan memberi salam dan senyum," tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: