Tuesday, 28 January 2020

Semua Pihak Digesa Bersama Cegah Kemungkaran

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 28 Januari - Semua pihak termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tertangga (KRT) serta PAS Cawangan digesa bersama-sama dengan  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencegah kemungkaran di kawasan masing-masing.

Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Mohd Syahir Radin berkata,  hampir setiap malam skuadnya menyertai aktiviti rondaan bersama pasukan lain di sekitar DUN berkenaan.

“Kami Pemuda PAS Dun Sura cintakan kebaikan dan ingin cegah kemungkaran. Kami namakan Skuad Amar Makruf.

“Kita arahkan seluruh lajnah dan jabatan Pemuda PAS DUN Sura untuk bersama-sama menyertai aktiviti rondaan yang diadakan,”  katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan rondaan cegah kemungkaran, baru-baru ini.

Katanya, setiap kali rondaan dilakukan, pihaknya turut mengedarkan risalah berkaitan nasihat agama dan tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: