Thursday, 16 January 2020

Sedia Bantu Anak Muda Dapat Geran Kekal

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 16 Januari- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman sedia membantu anak muda yang mengusahakan tanaman sawit di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN berkenaan bagi mendapatkan geran kekal.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata,  pihaknya bersetuju bagi memberi sokongan dan bantuan setelah melihat kesungguhan yang dizahirkan lebih 60 peserta yang mengusahakan tanah seluas 300 hektar dengan tanaman sawit itu.

“Anak-anak muda ini perlu diberi ruang serta peluang untuk menjana pendapatan keluarga.

"Permohonan berkenaan telah pun kita angkat kepada pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Dungun, semoga hasrat mereka dipermudahkan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau lokasi tanah berkenaan yang terletak di Mukim Hulu Paka, baru-baru ini.

Ghazali turut berharap agar kesungguhan dipamerkan anak muda DUN berkenaan di contohi oleh anak muda yang lain.

"Mereka dari awal lagi mengusahakan tanah dengan tanaman sawit tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana agensi dan jabatan.

"Semoga segala pengorbanan yang mereka usahakan akan menatijahkan kemanisan di akhirnya," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: