Sunday, 26 January 2020

‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ – Dr Mohd Khairuddin

SHARE
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) mengutip sampah di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.


Oleh: Nizam At-Takiri

KUALA NERUS, 26 Januari – Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melancarkan kempen ‘Sampah Anda Tanggungjawab Anda’ di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir di sini bagi memperingatkan semua warga Terengganu dan para pelancong tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

“Kita boleh kutip sampah tetapi apa yang kita nak sampaikan ialah sampah anda adalah tanggungjawab anda.

“Kita mengharapkan semua warga Terengganu dan para pelancong yang datang di tempat kita, mereka bawa sampah dan mereka pulang dengan sampah supaya kita tidak perlu setiap minggu bergotong royong membersih sampah,” katanya ketika bercakap kepada media di Program Bersih Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir di sini semalam.

Dr Mohd Khairuddin (kanan) menemui petugas kebersihan di Pantai Teluk Ketapang Seberang Takir Kuala Nerus.

Dr Mohd Khairuddin berharap pantai berkenaan tetap bersih, cantik dan indah sekali gus budaya warga Kuala Nerus juga menarik.

“Saya menyeru semua orang tidak kira siapa mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kerana ia separuh daripada iman. Sampah anda adalah tanggungjawab anda” jelasnya.

Program itu dianjurkan oleh Persatuan Belia Bestari (M.A.Y.C.) Kampung Banggol, Manir dengan kerjasama Kelab Terjoh 4x4 Kuala Terengganu, Terengganu Volunteers (T-VOLT), dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Dr Mohd Khairuddin bersama petugas bersih Pantai 

Seramai 100 peserta termasuk warga Seberang Takir, Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) hadir dalam program tersebut.

Turut hadir, Ketua Turus PTCM Negeri, Dato' Ramli Embong, dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Seberang Takir.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: