Monday, 20 January 2020

Sambutan Hari Sayyidatina Aisyah Hangat

SHARE

Oleh: Ahmad Ezani Razali

BESUT, 20 Januari - Hari Sayyidatina Aisyah Wanita Inspirasi Peringkat Daerah Besut dan Setiu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran 1,500 orang wanita memenuhi Dewan Majlis Daerah Besut, Kampung Gong Kemuntong, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diterima itu.

"Syukur alhamdulillah, saya amat teruja melihat begitu ramai yang hadir pada pagi ini. Sayyidatina Aisyah Wanita Inspirasi adalah satu tema terbaik yang dipilih oleh penganjur," ujarnya.


Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

"Sudah pasti rata-rata komuniti yang berada di sekitar ini tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta bagi memeriahkan majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

"Saya mengharapkan semua pihak dapat membuktikan komitmen dan semangat dalam sama-sama mendokong dan menjayakan program ini," tambahnya lagi.


Program turut disertakan dengan forum yang menampilkan pendakwah terkenal, Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang bergandingan dengan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Zailah Mohd Yusoff.

Selain itu, turut diadakan gimik perasmian, anugerah tokoh ilmuwan dan usahawan wanita daerah Besut dan Setiu serta cabutan bertuah dan jamuan tengah hari.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: