Wednesday, 15 January 2020

Perjuangkan Islam Tanpa Unsur Penindasan

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 15 Januari- Kerajaan negeri dibawah pentadbiran PAS memperjuangkan dan mengangkat martabat agama Islam tanpa ada unsur penindasan terhadap kaum lain.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, tidak timbul isu PAS mengkhianati kepentingan masyarakat Cina di negeri ini kerana parti itu ditubuhkan untuk semua kaum di Malaysia.

“PAS tidak pernah mengabaikan mana-mana kaum dan sentiasa memperjuangkan kaum Melayu, Cina dan India.

“Kita tidak memarahi Cina dan India sebaliknya memarahi ‘bangsa’ DAP dan ramai juga dari Cina dan India tidak sokong DAP,” ujarnya.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura ditemui pemberita dalam program ziarah warga emas Tionghua di sekitar Kuala Dungun bersama Pengerusi Majlis pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga, Lu Chee Ann, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Serena Lim.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan barangan keperluan harian dan angpaw untuk menceriakan mereka.

Wan Hapandi berkata, PAS tidak pernah mengkhianati mana-mana kaum sama ada Melayu, Cina atau India kerana berjuang untuk semua rakyat Malaysia berikutan parti tersebut bukan ditubuhkan berasaskan perkauman.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: