Monday, 20 January 2020

Penjimatan RM10 Ribu RTB Terkilan

SHARE

Oleh: Alfian Mamat

KEMAMAN, 20 Januari - Kadar bayaran premium untuk tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan adalah pada kadar lama dengan pengurangan sebanyak RM10 ribu.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh ketika berucap di Majlis Pengundian Lot (tapak rumah) RTB Bukit Panjang menyatakan penjimatan tersebut.

"Betapa bertuahnya rakyat Terengganu dengan inisiatif kerajaan negeri yang mengenakan bayaran premium pada kadar lama iaitu kadar pada tahun 2004 dengan pengurangan sebanyak kira-kira RM10 ribu.


"Insya-Allah selain daripada RTB ini akan mengusul lagi selepas ini penyelesaian untuk RTB yang lain iaitu RTB Bujal dan RTB Bukit Anak Dara," ujar beliau.

Majlis yang diadakan di Dewan Sivik Kijal semalam dihadiri oleh 86 peserta RTB Bukit Panjang bagi fasa pertama mengundi lot masing masing.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman ketika berucap menyeru kepada peserta agar tidak menjual tanah yang dikurniakan, sebaliknya dimanfaatkan ianya sebaik mungkin.


"Saya menyeru agar tuan puan manfaatlah tanah yang dikurniakan ini dengan sebaiknya dan yang utama sekali, jangan sesekali menjual tanah ini," seru beliau.

Turut hadir pada program tersebut, Penolong Pegawai Tanah Kemaman, Md. Zaid Abd Rahim, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang, pegawai Pejabat Tanah Kemaman dan pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: