Sunday, 19 January 2020

Pemuda PAS Sura Komited Lahir Petugas Media Sosial Mahir IT

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 19 Januari - Pemuda PAS Dun (PPD) Sura komited berusaha melahirkan petugas media sosial yang mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) bagi mendepani cabaran revolusi industri 5.0 dan perkembangan politik negara.

Ketua Lajnah Teknologi Maklumat (IT) Pemuda PAS Dun Sura, Mohd Asraf berkata, bagi mencapai tujuan itu satu silibus telah dirangka dan diketengahkan pada bengkel bersiri yang diadakan dari semasa ke semasa.

 “Peserta akan difokuskan latihan dalam kemahiran rekacipta, fotografi dan videografi yang dibimbing tenaga pengajar berpengalaman,” katanya.


Menurut beliau, bengkel teknologi maklumat siri pertama telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sura dan disertai 13 peserta dengan kerjasama Ameerah Dun Sura.

“Rekacipta yang menarik dan poster dakwah mendapat tempat dihati masyarakat.

“Petugas media sosial PAS harus bijak dan kreatif menyampaikannya dengan penuh kreatif dan inovatif.

“Buat masa ini Bengkel Adobe Photoshop telah berjalan sebanyak tiga siri dan hari ini (semalam) merupakan siri terakhir dan InsyaAllah akan diadakan bengkel videografi pula,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: