Tuesday, 14 January 2020

Pemidato Ejen Penyampai Maklumat

SHARE

 Oleh: Nooreni Abu Bakar

KUALA NERUS, 14 Januari- Pemidato yang berjaya dicungkil bakat mereka menerusi Pertandingan Pidato Gema Wawasan berupaya menjadi ejen penyampai maklumat kerajaan negeri kepada rakyat.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH), To' Puan Zarani Othman berkata, pertandingan tersebut bukan sekadar melaksanakan program tetapi akan ditonjolkan diprogram ceramah

"Bukan sahaja juara atau naib juara tetapi setiap peserta adalah ejen, sebagai penyampai produk - produk kerajaan negeri agar setiap apa yang dilaksanakan diketahui oleh setiap rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Pidato Gema Wawasan 2019 yang berlangsung di Auditorium Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, baru-baru ini.

Pertandingan peringkat awalnya diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum 16 peserta yang mewakili kawasan masing-masing berentap untuk kategori Muslimat dan Ameerah.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: