Thursday, 30 January 2020

PBAQ Pengadang Baru Buka Peluang Dalami Al-Quran

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

MARANG, 30 Januari- Pusat Bahasa Al-Quran (PBAQ) Pengadang Baru membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran.

Pengerusi PBAQ Pengadang Baru, Zakaria Ismail berkata, kelas Bahasa Arab yang ditawarkan institusi terbabit terbahagi kepada dua tahap dan peserta boleh memilih untuk mengikutinya pada sebelah siang atau malam.

"Kelas waktu siang akan bermula pada 1 Februari, bermula jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi bertempat di rumah bersebelahan Masjid Jamek Pengadang Baru.

"Manakala kelas sebelah malam pula, jam 8 malam sehingga 9.30 malam bertempat di Kompleks Majlis Daerah Marang (MDM) Telaga Mengkudu," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.

Katanya, kelas tahap satu dikhaskan untuk mereka yang belum berpengalaman mempelajari bahasa Arab dan sebagai kelas pengenalan dengan tempoh selama enam bulan.

"Walaupun begitu, peserta mestilah boleh membaca al-Quran dengan lancar dan boleh menulis jawi.

"Manakala bagi tahap dua pula mengambil masa selama tujuh bulan dan ianya dikhaskan untuk golongan yang pernah ada pengalaman asas belajar Bahasa Arab secara formal atau tidak formal," ujarnya.

Kelas tahap dua, katanya merupakan kelas pengenalan kepada mempelajari tata bahasa Arab asas.

"Memahami komponen dalam struktur ayat dan pengkayaan kosa kata.

"Pembelajaran akan dikaitkan dengan struktur bahasa Arab dalam satu surah pilihan daripada al-Quran," katanya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: