Sunday, 5 January 2020

PASTI Bestari As-Siddiq Tampil Kelainan

SHARE

 


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 5 Januari- Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq di  Kampung Bukit Che Ali, di sini yang  menekankan pembelajaran elit memulakan sesi persekolajhan pada 1 Januari lalu.

PASTI yang mempunyai 50 bilangan pelajar berusia antara empat hingga enam tahun itu menjanjikan kelainan berbanding PASTI lain di negeri ini  

Pengurus PASTI Bestari As-Siddiq, Ahmad Nazirul Ismail berkata, kelas pengajian ditawarkan di sini adalah berbentuk PASTI Plus atau kelas petang dalam bentuk latihan membaca dan pra Tahfiz.

Katanya, medium dan cara pembelajaran juga sedikit berbeza di mana ianya lebih moden dengan kaedah Media Learning dan Fun Learning.

“PASTI itu akan menjadi penanda aras dalam sistem awal pendidikan kanak-kanak yang merupakan generasi penting masa hadapan.

“Pasti baru ini juga, menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selesa dan pelajar akan diajar untuk berdikari seperti membasuh pinggan sendiri.” Katanya.

Beliau berkata ketika ditemubual wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu meninjau ke PASTI tersebut di Kampung Bukit Che Ali, Marang, baru-baru ini.

Menurutnya  yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan pastinya tidak membebankan ibu bapa.

“Untuk sesi persekolahan 2020, kita buka kepada tiga buah kelas, masing-masing satu kelas untuk pelajar berumur empat, lima, dan enam tahun membabitkan seramai 50 pelajar.

“Guru-guru kami juga adalah hasil temuduga dan mempunyai lulusan pendidikan di peringkat ijazah dan pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sebelum ini,” tambahnya lagi.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: