Tuesday, 28 January 2020

Pasangan Umur Setengah Abad Antara Dicekup

SHARE




Oleh: Aslam Wira

MARANG, 25 Januari - Pasangan yang berumur lebih 50 tahun antara yang dicekup dalam operasi kesalahan jenayah syariah sempena malam sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam operasi yang bermula seawal jam 1.00 pagi, seramai lima individu telah ditahan di bilik berasingan sebuah hotel di daerah ini awal pagi semalam.

Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad Amar), Nasaruddin Samsudeng berkata, operasi ini merupakan salah satu cara dakwah dalam kita terus saling menjaga antara satu sama lain.

“Masyarakat khususnya yang beragama islam perlu mengambil posisi masing-masing sebagai tanggungjawab menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“Alhamdulillah, usaha ini juga mendapat sokongan penuh daripada kerajaan negeri, Jabatan Hal Ehwal Negeri Terengganu, dan masyarakat negeri Terengganu,”katanya.

Seramai lebih 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada Skuad Amar dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)  serta Pejabat Agama Daerah Marang telah terlibat dalam operasi tersebut.

Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang akan dikenakan denda maksimun RM3000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Pesalah yang dicekup masing-masing berumur lingkungan 20 sehingga 52 tahun.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: