Wednesday, 1 January 2020

Nasib Adik Iman Firdaus Terbela

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 1 Januari- Penderitaan seorang kanak-kanak Iman Firdaus Mohd Faizal, 3, yang mengalami masalah sesak nafas sedikit terubat apabila menerima sumbangan alat bantuan pernafasan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi.

Ibu kanak-kanak itu, Nur Suhada Ibrahim berkata, masalah sesak nafas yang dialami oleh anaknya sejak dua tahun lalu itu begitu merunsingkan dirinya.

“Dimana anak saya ini memerlukan ‘Arrow Chamber’ untuk membantunya bernafas kerana masalah lelah dihadapinya ketika berusia enam bulan, tetapi saya tidak mampu untuk membeli alat berkenaan dengan pendapatan suami tidak seberapa yang hanya bekerja sebagai mekanik.

“Saya mengucapkan terima kasih diatas sumbangan ini, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” ujarnya kepada pemberita selepas menerima alat bantuan pernafasan yang telah diserahkan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman di kediamannya di Felda Jerangau, baru-baru ini.

Sementara itu, Ghazali berkata pihaknya sentiasa memikirkan cara bagaimana bagi menyelesaikan masalah rakyat secara tuntas sehingga terciptanya hari bertemu pelanggan peringkat PKMD yang diadakan pada setiap Selasa.

“Telah tiga minggu ianya kita adakan dan hasrat pihak kita adalah mengembirakan rakyat.

"Walau bagaimanapun setiap aduan ataupun permasalahan rakyat sudah tentu mengalami masalah pemprosesan yang adakala boleh diselesaikan secara cepat, ada yang lambat ianya bergantung kepada masalah berkenaan," jelasnya

Namun begitu pihaknya  akan sentiasa berusaha bagi memberikan yang terbaik selaras dengan hasrat kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: