Sunday, 19 January 2020

MPKK Seberang Baroh Serah 75 Kampit Beras

SHARE
Wan Sukairi ketika menyampaikan sumbangan beras kepada penduduk terlibat.
Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Sebanyak 75 kampit beras diserahkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Baroh bagi membantu meringankan kehidupan penduduk yang berpendapatan rendah di kampung berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, agihan tersebut bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah.

"Penyampaian sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang kurang bernasib baik, memandangkan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini," katanya.

Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan berkenaan di rumah salah seorang penerima terbabit.

Pada majlis yang sama, turut diadakan gotong-royong pencegahan Aedes yang melibatkan penduduk kampung di kawasan setempat sebagai langkah pengamalan gaya hidup sihat dan perpaduan dalam komuniti.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: