Tuesday, 21 January 2020

MB Terengganu Bertemu Ketua Pengarah JKR

SHARE
MB (tengah) menjelaskan sesuatu kepada Kamaluddin (kanan) dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR, 21 Januari - Kepentingan kerjasama Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam mengendalikan kemudahan infrastruktur untuk rakyat terutama jalan raya dan jambatan tidak boleh diabai sama sekali.

Ini kerana kepentingan berbuat demikian mempunyai kaitan langsung antara satu sama lain khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR).

Setiap negeri ada dinamakan Jalan Persakutuan dan ada juga dinamakan Jalan Negeri.

Menurut Portal Kementerian Kerja Raya, Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT.

Manakala Jalan Negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.

Kedua-dua jenis jalan ini dikendalikan oleh JKR Negeri dan Persekutuan.

Justeru Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh mengadakan pertemuan dan perbincangan beberapa perkara dengan Ketua Pengarah JKR, Ir Kamaluddin Haji Abdul Rashid, di sini Sabtu lepas.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: