Sunday, 19 January 2020

Mayat Mangsa Lemas Terakhir Ditemui

SHARE


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 19 Januari - Mangsa terakhir tragedi empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara  di sini, ditemui petang ini.

Mayat Mohamad Amir Izzudin  Zulkiflee, 21, dijumpai di Muara Sungai Kuala Dungun pada jam 3.10 minit petang tadi iaitu hampir dua hari dilaporkan hilang dibawa arus ombak.

Allahyarham Amir Izzudin yang berasal  di Melaka telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besar Dungun untuk dibedah siasat dan pengurusan jenazah sebelum di bawa kediamannya.

Terdahulu,empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.

Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dari Kuantan; Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka, dikatakan mandi di pantai terbabit kira-kira jam 6 petang pada hari Jumaat baru-baru ini.

Sementara itu, mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed, 21, ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.

Penemuan mayat ketiga itu kurang satu jam daripada penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang dikesan kira-kira jam 11.35 pagi oleh  pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut.

Sebelum itu, mayat Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: