Sunday, 19 January 2020

Masjid Muhajirin Dinobat Sebagai Masjid Contoh

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 19 Januari- Masjid Muhajirin Felda Jerangau telah dinobatkan sebagai masjid contoh dalam Wilayah Felda Terengganu bagi tahun 2019 selepas muncul johan Anugerah Kecemerlangan Felda Wilayah Terengganu, baru-baru ini.

Pengerusi masjid berkenaan, Mohd Ridhuan yusoff berkata, masjid berkenaan yang memenuhi kriteria pemilihan yang ditetapkan juri menyebabkan ianya terpilih sebagai pemenang.

"Ianya hasil usaha seluruh Ahli Jawatankuasa masjid gandingan diantara yang lama dan baru, para imam, bilal, pengurusan felda serta qariah yang mengimarahkan masjid dimana tahun sebelumnya iaitu pada 2018 hanya dapat bergelar naib johan,” ujarnya ketika dihubungi pihak media.

Jelas beliau, apa yang paling utama adalah fungsi masjid itu sendiri.

"Bukan hanya setakat bergelar juara, yang paling utama adalah kita akan cuba manfaatkan sepenuhnya masjid dengan kepelbagaian aktiviti masyarakat untuk tahun 2020 ini.

"Serta diharap institusi masjid mendapat tempat di hati anak muda seiring dengan usaha membangunkan sahsiah mereka sebagai modal insan dan aset penting kepada masyarakat,” ujarnya.


Penyelaras Masjid Muhajirin Felda Jerangau, Helmi Zulkefli pula dinobatkan sebagai pegawai agama Felda Wilayah terbaik bagi tahun 2019.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undamgan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman merakamkan ucapan tahniah diatas pemilihan masjid berkenaan sebagai contoh di wilayah felda peringkat Negeri Terengganu.

"Insya-Allah semoga seluruh surau dan masjid didalam DUN ini akan diperkasakan dengan pelabagai aktiviti.

"Ke arah memastikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera (TMBS) dapat digapai," ucapnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: