Wednesday, 8 January 2020

Mangsa Kebakaran Terima Rumah

SHARE

Oleh : Mustaqim Afandi

BESUT, 8 Januari - Mangsa kebakaran rumah pada bulan Ogos tahun lalu telah merima bantuan rumah daripada kerajaan Negeri.

Katanya, Puan Norizan Abd Rahman, 50, yang juga dikenali Kak Zan bekerja  sebagai tukang cuci tandas Majlis Daerah telah ditimpa musibah apabila rumah kediamannya dijilat api.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, peruntukan tersebut adalah inisiatif daripada kerajaan  negeri melalui tabung bencana Darul Iman (TDI) diberi secara percuma kepada mangsa bencana yang layak menerima.

"Sumbangan berkenaan adalah satu tanggungjawab sosial dan sebagai tanda prihatin pihak kerajaan kepada rakyat.


“Biarpun kecil, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mangsa,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas majlis penyerahan anak kunci, di sini, pada Selasa, 7 November.

Menurutnya, rumahnya siap dibina sepenuhnya pada awal bulan Disember yang lalu di kawasan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Raja Selatan.

Tambah Khuzaini, beliau juga telah melancar kempen sifar bocor atap rumah pada tahun 2020 di kawasan DUN Kota Putera.


"Saya telah umumkan kepada MPKK untuk mencari penduduk yang mempunyai masalah atap bocor untuk diperbaiki," ujarnya.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua MPKK dan penduduk setempat yang hadir bagi menjayakan majlis.

"Mudah-mudahan Allah membalas amal kebaikan kita kelak," tambah Khuzaini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: