Sunday, 12 January 2020

Maksimumkan Fungsi Masjid

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 12 Januari- Majlis Agama Islam setiap negeri diseru agar dapat memaksimumkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat aktiviti umat Islam.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, Wan Hapandi Wan Nik berkata, Kerajaan Terengganu berhasrat menjadikan pusat ibadat itu sebagai ‘One Stop Center’ merangkumi pelbagai bidang.

"Kita tidak mahu masjid dijadikan tempat beribadah semata-mata tetapi mahu ia menjadi pusat komuniti merangkumi pelbagai aspek termasuk perkara membabitkan ekonomi yang menjadi tuntutan umat Islam.

"Apa guna masjid besar tetapi tiada aktiviti dijalankan bagi mengimbangi masyarakat setempat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0, baru-baru ini.


Karnival Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 anjuran Syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah telah diadakan di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah Dungun dengan pelbagai aktiviti menarik.

Tambah Wan Hapandi lagi, masjid boleh berperanan memberikan bantuan segera bagi mengelakkan karenah birokrasi pentadbiran kerajaan seperti di sesetengah negeri lain dalam mendapatkan bantuan.

“Islam telah menyediakan sistem pemusatan komuniti yang sangat menarik menerusi institusi masjid dan surau,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: