Thursday, 23 January 2020

MAIDAM Santuni Kaum Cina Menerusi Program Ziarah Sejahtera

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 23 Januari- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menganjurkan Program Ziarah Sejahtera sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Program menyantuni masyarakat Tionghoa itu turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri, Wan Hapandi Wan Nik dan wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Sura.

Rata-rata penerima bantuan berupa hamper dan barangan keperluan harian pada program berkenaan menzahirkan rasa gembira dengan pemberian tersebut.

Salah seorang penerimanya, Lim Chen Foo, 60, berkata, dia tidak menyangka akan menerima bantuan seperti itu dalam hidupnya.

“Biasa kita bagi hamper ke orang, kali ni kita dapat hamper pulok.


“Moleklah wat program macamnie, harapnya diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ziarah Sejahtera yang diadakan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, semalam.

Bagi Tan Jee Ann, 59, pula, dia sangat terharu dengan kedatangan wakil MAIDAM dan i-MiTS ) yang datang menyerahkan barangan itu.

“Kita terharu sangat bila dikunjungi oleh orang pejabat gini. Kita harap keadaan aman damai antara kaum sentiasa terjagalah,” katanya.

Seramai lima orang penerima mendapat manfaat dari Program Ziarah Sejahtera berkenaan termasuk Chang Chee Wei, 44, Ng Chew Peng, 44 dan Ching Kok Keong, 53.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: