Friday, 24 January 2020

Mahasiswa Disaran Sertai Lebih Banyak Program

SHARE


KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Golongan Mahasiswa  disarankan menyertai pelbagai program bukan hanya fokus kepada akademik semata-mata tetapi perlu mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Mohd Noor berkata, ia bagi mengelakkan mahasiswa dikatakan sebagai golongan yang lesu oleh masyarakat.

Katanya, salah satu contoh terbaik ialah  program Sidang DUN 2.0 (Jom Pakat Bahas yang sesuai untuk golongan berkenaan.

“Alhamdulilah, satu program yang sangat baik  dan paling penting percambahan ilmu serta minda anak-anak kita dapat hasil yang sangat baik dan juga dapat melontarkan idea.

“Mereka dapat berbahas  dengan harmoni dan bagi saya ia satu pendekatan yang sangat baik untuk mendekatkan  mahasiswa kepada keadaan sebenar persidangan DUN ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian di sidang media selepas program Sidang DUN 2.0 Persatuan Kebajikan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Putra Malaysia (PAKAT UPM) di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya lagi, program tersebut penting kerana para pelajar dapat menyatakan hasrat dan idea mereka kepada kerajaan negeri.

"Lontaran fikiran para mahasiswa itu boleh saya  lontarkan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti," ujarnya.

Selain itu katanya, program itu juga dapat melatih dan membantu para pelajar mengatasi perasaan gemuruh ketika berucap  dihadapan orang ramai.

“Saya melihat program yang dijalankan pada kali ini menjadi saluran kepada  mahasiswa dan mahasisiwi untuk menyuarakan  pandangan mereka dalam memperbaiki kualiti graduan  yang lebih baik sesuai dengan permintaan keperluan pasaran.


“Keberkesan program ini juga mampu mengajar mahasiswa cara-cara atau teknik berkomunikasi dengan lebih baik bagi meningkatkan keyakinan untuk berucap dalam kalangan  mahasiswa dan menunjukkan kepimpinan  berwibawa dan berdaya saing,” jelas Zuraida.

 Justeru itu, beliau yakin dan percaya ia memberi satu manfaat yang besar khususnya kepada mahasiswa yang akan menjadi pelapis untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan negeri Terengganu.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: