Wednesday, 22 January 2020

Libatkan Agensi Berkaitan Pada Hari Bertemu Pelanggan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 21 Januari- Hari Bersama Pelanggan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi turut melibatkan agensi dan jabatan berkaitan untuk memudahkan masyarakat.

Pegawai Penyelaras DUN tersebut, Ghazali Sulaiman berkata, ianya bagi membolehkan komuniti merujuk terus setiap permasalahan atau aduan kepada agensi yang betul.

“Program seumpama ini akan diadakan sebulan sekali dengan memilih tempat yang menjadi tumpuan masyarakat seperti pasar tani, atau di tempat yang difikir sesuai  mengikut peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) . Manakala di peringkat mingguan kita masih kekalkan di PKMD.

“Pada kali ini, kita telah melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) disamping dibuka kaunter Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) ,dan selepas pada ini kita akan cuba libatkan pula Jabatan kesihatan Dungun, Jabatan Pertanian, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan pelbagai agensi dan jabatan yang bersesuaian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Bersama Pelanggan, diadakan di Pasar Tani Jerangau, semalam.

Ghazali berkata, kebanyakkan mereka yang hadir semalam ingin mengetahui serta mendapatkan penerangan yang jelas mengenai manfaat yang boleh mereka perolehi melalui JKM dan MAIDAM.

“Serta  turut mengadu kepada kita masalah yang dihadapi mereka dengan kita menjadi perantaraan untuk memberikan khidmat nasihat serta mencari jalan bagi mencari solusi kepada setiap permasalahan yang timbul, “ katanya.

Walau bagaimanapun katanya, proses cepat atau lambat sesuatu penyelesaian masalah bergantung kepada keadaan mengikut apa yang tertakluk dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: