Saturday, 25 January 2020

Lapan Pasukan Berentap Rebut Piala Penyelaras Parlimen Besut

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Jusmawari

BESUT, 25 Januari - Lapan pasukan bola sepak dari Besut akan berentap bagi merebut Piala Kejohanan Bola Sepak Penyelaras Parlimen Besut 2019.

Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Besut, Mohd Hakim Zulfikri Awang berkata, setiap DUN menghantar dua pasukan bagi merebut piala berkenaan yang akan bermula pada 23 Januari 2020 sehingga 3 Februari 2020.

“Kejohanan ini diadakan bagi memupuk semangant kesukanan dalam kalangan anak muda di Besut.

 “Selain itu juga kejohanan ini mewajibkan semua pemain berpakaian mematuhi syariat iaitu dengan menutup aurat,” jelasnya.


Beliau yang juga Pengarah program berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Penyelarasan Kejohanan di Pejabat Pusat Khidmat Dun Jerteh, pada Khamis, 23 Januari.

Menurutnya, kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Besut dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Besut serta Persatuan Bola Sepak Besut itu akan berlangsung di Padang Bola Sepak Astaka Jerteh dan Padang Pacakan, Kuala Besut.

Beliau menambah, ia bertujuan bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili Parlimen Besut bagi merebut Piala Menteri Besar yang akan bermula pada 28 Februari 2020.

 “Kita juga berharap kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar tanpa berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini yang boleh mencemarkan kejohanan ini,” ujar Hakim.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: