Friday, 31 January 2020

Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Buka Tirai Hari Ini

SHARE


KUALA TERENGGANU, 31 Januari -Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia (KWM) yang mula membuka tirainya menyaksikan penyertaan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada golongan berkenaan dari seluruh pelusuk negara di Stadium Negeri Terengganu, di sini hari ini.

KWM mempersadakan tahap inteklektual dalam kalangan wanita Malaysia sebagai salah satu objektif penganjurannya mempunyai pelbagai tarikan dan program bagi menjayakannya.


Sempena hari pertama konvensyen
Forum Keluarga Bahagia: Kerana Syurga Bukan Percuma Bersama Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff mendapat sambutan hangat dari peserta yang hadir.

Antara pengisian forum pada kali ini membicarakan kesejahteraan wanita dari aspek  mental, emosi dan kerohanian wanita dalam mengurus kehidupan dan menghadapi konflik seharian.


Pengisian yang cukup mantap dibawakan khas untuk wanita agar mempunyai jati diri yang teguh dan mantap serta mampu menyediakan persekitaran yang sihat untuk anak-anak, membina kehidupan berkeluarga yang bahagia demi menjamin kelestarian dan keharmonian ummah seluruhnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: