Sunday, 19 January 2020

Kerjasama Banteras Gejala Sosial

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 19 Januari - Pemuda PAS Dun Sura bekerjasama dengan pihak berkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Dungun untuk membanteras gejala sosial khususnya di kalangan anak muda.

Ketua Pemuda PAS Dun Sura, Ahmad Faqrukhairi berkata, isu budaya negatif seperti yang dilaporkan oleh warga Sura baru-baru ini amat membimbangkan.

Katanya, pihaknya sedang mengambil langkah proaktif untuk segera menangani masalah berkenaan.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dari Pejabat Agama Daerah Dungun untuk membanteras budaya yang tidak sihat di sekitar kawasan Sura.

“Setakat ini, usaha kita telah menunjukkan keputusan positif,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian sehari selepas Program Rondaan Mencegah Maksiat bersama Skuad Amar Makruf dengan kerjasama Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Dungun.

Sementara itu, Ahmad Faqrukhairi berkata pihaknya yakin bahawa langkah itu mampu untuk menurunkan kadar masalah sosial dan sekaligus dapat mengurangkan masalah jenayah.

“Kita tidak mempunyai statistik indeks tahunan kadar jenayah tetapi “fear of crime” iaitu persepsi masyarakat yang masih berasa takut dan tidak selamat masih ada.

“Jadi, kita mesti cari jalan untuk perkara ini dan kita sedang mengambil pelbagai langkah dengan menggunakan apa sahaja mekanisme untuk kita turun ke lapangan bersama masyarakat dalam pencegahan ini," katanya.

Tegasnya, kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu dan masalah ini bukan terletak pada bahu pihak berkuasa sahaja tetapi melalui sokongan padu masyarakat setempat juga.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: