Thursday, 16 January 2020

Kerajaan Negeri Sedia Bantu Bangunkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman Di Sabah

SHARE


KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Kerajaan negeri sedia membantu Persatuan Anak Terengganu di Perantauan ( PERANTAU ) yang menetap di Sabah untuk membangunkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman bagi membolehkan  anak-anak Sabah mendapat tarbiyah Islamiah.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, dalam konteks negeri di bawah bayu itu, bidang pendidikan sangat memerlukan perhatian yang sewajarnya.

“Alhamdulillah, saya diberi peluang membuat satu lawatan ke satu projek PERANTAU  Sabah yang mana mereka membina satu pondok yang akan menempatkan pelajar khususnya di kalangan anak-anak tempatan.

“Insya Allah kita akan gerakkan usaha untuk membantu pondok ini agar dapat disiapkan (segera),” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke pondok tersebut, di Sabah, pada semalam.

Menurutnya, tempat tersebut akan memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih teratur termasuklah pengajian kitab taurah.

“Ini penting oleh kerana ia sebahagian  daripada tradisi pendekatan pengajian ilmu dan kita harap akan mengembangkan kekuatan Islam di bumi Sabah ini,” ujar beliau.

Sementara itu, Pengetua pondok tersebut, Abdul Malik Hitam berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu atas lawatan ke pondok itu.


Jelas Malik, Pondok Pengajian Islam Darul Iman merupakan pondok angkat negeri Terengganu yang mana sebelum ini telah dibuat  perjanjian di antara dua negeri tersebut.

“Kita mahu mengembangkan ilmu agama di kalangan penduduk-penduduk setempat

“Kita berharap agar jihad ilmu ini akan berkembang dan seterusnya dapat memberikan dan menjadi Islam sebagai perjuangan serta  seterusnya mempertahankan agama ini di bumi Sabah ini,” tambah beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: