Wednesday, 22 January 2020

Kerajaan Negeri Nasihat Penduduk Terjejas Pindah - Dr Ahmad Samsuri

SHARE
Seorang dari golongan asnaf DUN Jabi menerima sumbangan dari MB sempena Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis Kerandang, Besut.

BESUT, 22 Januari - Kerajaan negeri telah berusaha menasihati penduduk di kawasan sering dilanda banjir agar berpindah di kawasan selamat tetapi mereka tetap  enggan berbuat demikian.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bukan mudah untuk meminta penduduk berkenaan berpindah walaupun mereka mengetahui rumah mereka sering ditenggelami air banjir saban tahun.

"Kerajaan sudah memberi nasihat kepada mereka untuk berpindah tetapi enggan berbuat demikian dengan pelbagai alasan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rancangan Rumah Mampu Milik (RMM) Mukim Tempinis, Kerandang di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,  Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.

Beberapa kawasan sering dilanda banjir di musim tengkujuh termasuk Kampung La, Padang Bual, Hulu Besut dan beberapa kampung di kawasan rendah di seluruh negeri Terengganu.

Ditanya berhubung mendalamkan Sungai La, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran negeri (JPS) untuk mengatasi masalah tersebut.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: