Sunday, 19 January 2020

Kerajaan Negeri Cari Jalan Bantu Amsyar, Seru Rakyat Turut Menyumbang

SHARE
Hanafiah bertanyakan tentang Amsyar kepada bapanya, Zamzuri Ahmad (kanan).



SETIU, 19 Januari- Kerajaan negeri akan berusaha membantu adik Muhammad Zhafran Amsyar Zamzuri, 1, bagi membolehkan anak kecil itu mendapatkan rawatan segera bagi mengubati penyakitnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Tabung Darul Iman (TDI) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mencari jalan untuk menyediakan peruntukan bagi meringankan kos rawatan sebanyak RM250,000 yang diperlukan keluarga itu.

“Hari ini, saya bersama Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar dan wakil TDI datang ke sini serta memutuskan adik Amsyar akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengesahkan tarikh pembedahannya.
 
Hanafiah cuba melihat keadaan Amsyar sambil diperhatikan Zuhami (kiri).

“JKM juga telah bersetuju menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 bermula Januari ini kepada adik Amsyar disamping beberapa barangan keperluan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah keluarga berkenaan di Kampung Buluh Hilir, semalam.

Amsyar, yang menghidapi penyakit uluran atau angin pasang (Hernia), masalah hati kronik (Biliary Atresia), jantung berlubang dan turut mengalami masalah hempedu dinasihatkan doktor yang merawatnya dari PPUM untuk menjalani pembedahan samada di India atau China.
 
Bantuan segera berupa barang keperluan disampaikan kepada Zamzuri. 
Hanafiah juga menyeru orang ramai khususnya rakyat Terengganu dan amnya Malaysia untuk turut menghulurkan sumbangan kepada adik Amsyar.

“Sekarang ini kita telah lancarkan tabung bantuan melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) dan sudah ada jumlah tertentu yang telah diperolehi.

“Dalam masa terdekat, kita akan lancarkan tabung melalui Bank SImpanan Nasional (BSN) dan kita akan lihat berapa jumlah kutipan keseluruhan. TDI akan cuba mencukupkan jumlah yang diperlukan,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama:

Zamzuri Ahmad
No. Akaun: 163046541443
Beliau boleh dihubungi di nombor talian: 0111-6816897


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: