Wednesday, 22 January 2020

Kerajaan Negeri Bertindak Pemudah Cara

SHARE

KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Kerajaan negeri bertindak sebagai pemudah cara kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Yamen  Care dengan membuka ruang kepada rakyat untuk menabung dalam tabung tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan  Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah pemberian daripada rakyat bukannya daripada kerajaan negeri.

"Kita bekerjasama dalam agensi yang ada dalam kerajaan  seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu (JHEAT) dan juga cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC)  untuk memudahkan  kaedah dan cara untuk rakyat memberi sumbangan kepada "Tabung Terengganu  For Yemen  ini," jelasnya.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian di sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri berkoloborasi dengan NGO Yamen Care bagi  sama-sama menggerakkan usaha bagi mengumpul dana daripada orang ramai  untuk "Tabung Terengganu For Yemen'.

"Melalui tabung ini kita akan gunakan untuk manfaat  saudara di Yaman  yang sekarang ini sedang  menyedihkan dengan keadaan mereka berada dalam kebuluran , kekurangan zat, tiada tempat tinggal, kekurangan ubat-ubatan , peralatan yang berkaitan dengan ubatan .

"Kita mengharapkan rakyat Terengganu khususnya  dan rakyat diluar sana agar sama-sama membantu  untuk mengisi seberapa banyak  sumbangan ke tabung  "Terengganu For Yemen' ini," ujar beliau.


Wan Sukairi menambah, kerajaan negeri mensasarkan dana sebanyak RM1.6 juta untuk kutipan dana pada kali ini.

"Kita akan memantau dan pihak Urus Setia Belia Sukan dan  NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)akan  mewujudkan satu bilik  gerakan  untuk 'update'  dan memantau setiap sumbangan yang masuk ke tabung  ini.

"Kita juga akan  menggerakkan tenaga sukarelawan (T-Volt)  turun  ke lapangan seperti pasar malam, dan  mana-mana tempat orang ramai untuk mengutip sumbangan  serta akan memberi  penerangan di masjid dan surau agar rakyat faham situasi yang sedang berlaku di Yaman," katanya.

Beliau juga berkata, senarai anggota yang akan mengikuti misi kali ini masih lagi dalam peringkat perbincangan.


"Anggota ataupun ahli rombongan kita senarai pendek tapi insya Allah  perbincangan  dengan beberapa pihak untuk mengenalpasti  siapakah yang  perlu ke sana.

 "Yang pentingnya  bukan mereka  yang pergi tapi apa yang mereka bawa  untuk rakyat disana," tambahnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: