Monday, 20 January 2020

Kekalahan PH di Kimanis 'Signal' Penolakan Rakyat

SHARE
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) bersama rakyat di warung hadapan Pondok Polis Seberang Takir Kuala Nerus.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 20 Disember – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di Parlimen P176 Kimanis, Sabah disifatkan sebagai satu ‘signal’ penolakan rakyat terhadap kerajaan parti itu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan PRK Kimanis yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menolak kerajaan baru PH termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Katanya, rakyat Malaysia mengharapkan satu ‘platform’ politik yang boleh menjamin kestabilan politik di Malaysia.

Menurut beliau, politik adalah satu medium untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya berpolitik demi parti sendiri serta berdendam kepada parti lain.

“PRK Kimanis satu lagi pilihan raya yang menunjukkan kuasa rakyat Malaysia menolak kerajaan baru PH termasuk WARISAN.

“Rakyat Malaysia mengharapkan satu wadah politik yang boleh menjamin kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan berkebajikan. Politik untuk rakyat, bukan hanya berpolitik demi parti sendiri dan dendam kepada parti lain,” kata beliau dalam status facebooknya kelmarin.

Dalam pilihan raya tersebut pada Sabtu, calon BN, Datuk Mohamad Alamin telah mencatatkan kemenangan bergaya dengan memperoleh 12,706 undi.

Sementara calon WARISAN, Datuk Karim Bujang hanya memperoleh 10, 677 dengan majoriti 2,029 undi.

PRK Kimanis adalah PRK kelima peringkat Parlimen diadakan selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: