Sunday, 12 January 2020

Kejayaan Tidak Datang Bergolek- MB Terengganu

SHARE
MB (dua dari kanan) bersama Ahli Parlimen Marang,  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (duduk) di Kuala Lumpur.


KUALA TERENGGANU, 12 Januari - Pencapaian negeri yang dinikmati pada hari ini adalah hasil kerjasama, usaha, tawakal dan doa dari seluruh rakyat Terengganu tercinta.

Serentak itu, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan terima kasih untuk satu tahun pentadbiran kerajaan kepada semua rakyat Terengganu.

"Mari bersama membina dan mengekalkan prestasi negeri untuk tahun-tahun mendatang," katanya dalam status 'Facebook' beliau hari ini.

Kejayaan setahun pentadbiran kerajaan Terengganu dirakamkan oleh TV Darul Iman dan dimuatnaik ke laman Youtube di link https://www.youtube.com/channel/UC-kFfAkwxKH1GzPqOZlU3oQ

Oleh itu, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menjemput subscribes TV Darul Iman untuk menyaksikan pelbagai video menarik mengenai Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: