Thursday, 2 January 2020

Kayuhan Amal Rekreasi Sambil Berkebajikan

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Norekwan Mamat, Jusmawari Jusoh

BESUT, 1 Januari - Disamping aktiviti menyihatkan tubuh badan, Kayuhan Amal Daerah Besut telah memberi bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Pegawai Daerah Besut Rozali Salleh berkata, mereka juga menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada golongan tersebut.

"Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringakan beban asnaf-asnaf di Mukim Kuala Besut.

"Dan juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat," jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut di sini, pada hari Selasa, 31 Disember.

Turut menyertai ialah Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh dan Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad.

Kayuhan tersebut dilepaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri Terengganu, YB Haji Nurkhuzaini Abd Rahman di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Besut.

Menurut Rozali, seramai 300 orang peserta telah menyertai kayuhan ini.

"Saya melahirkan rasa gembira kerana dapat bersama dengan masyarakat dalam program sebegini.


"Dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kayuhan ini kerana ianya berjalan dengan lancer,” tambah beliau.

Program itu diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada peserta kayuhan yang bertuah.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: