Monday, 6 January 2020

Kawalan Keselamatan Waktu Malam Di Felda Jerangau Diteruskan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 6 Januari-Kawalan keselamatan pada waktu malam terus diadakan di Felda Jerangau bagi memastikan penduduk berada didalam keadaan selamat.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Keselamatan (JIK) Felda Jerangau, Anuar Omar berkata ianya telah bermula setahun yang lalu bagi mengatasi masalah seperti kecurian, pecah rumah, masalah berkait penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

"Hasil daripada kawalan malam yang melibatkan tiga cawangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), bersama Pihak Pengurusan Felda, Jawatankuasa Keselamatan dan Keceriaan Kampung Tanah Rancangan (JKKKR), Kelab Rukun Tetangga (KRT) juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta seluruh komuniti telah berjaya mengurangkan kadar jenayah disini.

"Hendak mencapai seratus peratus masih tidak dapat, tetapi alhamdulillah ianya dapat dikurangkan," ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi MPKK Felda Jerangau B.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program santai diantara ahli jawatankuasa keselamatan kampung berkenaan, baru-baru ini.

Katanya, semua yang bertugas tidak mengharapkan apa-apa imbuhan, paling penting bagi memastikan komuniti berada didalam keadaan selamat dan sejahtera, serta tidak diganggu dengan sebarang perkara yang tidak diingini.

“Bagi mengerakkan operasi berkenaan katanya, pihak Pengurusan Felda ada menyalurkan sedikit dana disamping MPKK turut berusaha mencari sedikit peruntukkan.

"Juga kita telah menerima sumbangan dari orang perseorangan, namun begitu kita masih memberi peluang kepada mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan dana bagi memperkasakan aktiviti berkawal malam kita ini," ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: