Monday, 20 January 2020

‘Kampungku Selamat’ Usaha Atasi Masalah Jenayah

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 20 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu mengambil inisiatif mengadakan program komuniti 'Kampungku Selamat' sebagai usaha menjaga keselamatan kampung dan membendung kejadian jenayah.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail berkata, program berkenaan telah dirangka bagi mengurangkan aktiviti jenayah di sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti.

"Ianya bertujuan meningkatkan tahap keselamatan serta mengurangkan rasa takut penduduk setempat dari menjadi mangsa kepada penjenayah," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program berkenaan di peringkat daerah Dungun bertemakan 'Dungun Bersih Jenayah, Maju Berkat Sejahtera' di Dewan Orang Ramai Seberang Pintasan, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Aidi berkata, program berkenaan diperkenalkan PDRM bagi mewujudkan kerjasama diantara pihaknya dengan komuniti bagi memastikan objektif kehidupan aman dan sejahtera dapat dicapai.

"Pada dasarnya lebih kepada membudayakan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak polis.

"Bagi sama-sama mencegah aktiviti jenayah di kawasan kampung," ujarnya.

Tambahnya lagi, sememangnya polis dan masyarakat berpisah tiada, menerusi tema berkenaan menjelaskan bahawa hubungan diantara kedua pihak sangat erat.

“Diharapkan agar anggota masyarakat turut memberikan kerjasama kepada pihak Kelab Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) selain PDRM.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: