Thursday, 16 January 2020

Kampung Dendang Perlu Tapak Kubur Baharu

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 16 Januari - Kubur Baharu di Kampung Dendang perlu disegerakan pembukaannya memandangkan kubur lama sudah penuh dan menghampiri pagar.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata tapak baharu yang sesuai telah pun ada bagi menggantikan tapak lama.

"Tinggal lagi proses menimbun tanah. Jadi kita minta proses penimbunan disegerakan kerana jika tidak ditimbun menyebabkan air bertakung.

"Mana mungkin hendak dibangunkan dikawasan dinaiki air, kalau boleh tahun ini juga perlu disiapkan kerja-kerja yang berkaitan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media, selepas melakukan peninjauan ke tapak Tanah Perkuburan Kampung Dendang, baru-baru ini.

Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dendang, Abdul Malik Rani  amat berharap agar kerja timbunan serta pembukaan tanah baharu itu dapat disiapkan secapat mungkin.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: