Thursday, 23 January 2020

Ismail Haniyeh Bertemu Abdul Hadi

SHARE
Abdul Hadi (kiri) bersalaman dengan Ismail (tengah) dalam satu pertemuan di Putraja semalam.
PUTRAJAYA, 23 Januari - Palestin dan Malaysia merupakan  rangkaian negara Islam yang menjalinkan persahabatan sejak sekian lama.

Bantuan Malaysia terhadap Palestin tidak pernah putus dan hubungan kepimpinan kedua-dua negara tersebut sentiasa erat dijalinkan atas dasar persaudaraan Islam dan membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh Yahudi Israel.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengiringi Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak melepaskan peluang menemui pimpinan HAMAS Palestin yang diketuai oleh Ismail Haniyeh.

Mereka berkunjung ke sini untuk menjalinkan hubungan kedua-dua negara itu selepas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 baru-baru ini.

Kemesraan terjalin antara kepimpinan HAMAS dan Abdul Hadi serta kepimpinan negeri termasuk Terengganu dan  Kelantan.
Turut serta, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS.

"Pertemuan dan perbincangan yang bermakna buat kepimpinan umat Islam Malaysia itu demi memperkukuhkan kesatuan ummah di peringkat antarabangsa sekali gus menzahirkan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin," ulas Dr Ahmad Samsuri di status Facebooknya hari ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: