Friday, 3 January 2020

Islam Akan Menguasai Itali

SHARE
Dato' Seri Abdul Hadi bersama cenderahati yang diterimanya ketika berkunjung ke Sabah baru-baru ini.


MARANG, 3 Januari – Islam akan menang menguasai Itali (Rom) sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.

Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagaimana pun ramai orang Islam tidak percaya perkara itu akan berlaku.

Katanya, ramai dari paderi Kristian di Itali telah memeluk Islam sekali gus sebagai petanda Islam mula berkembang di Itali.

Beliau berkata demikian ketika menyampai Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini hari ini.

Dato’ Seri Abdul Hadi berkata, apa yang disabdakan Nabi s.a.w. tidak semestinya berlaku di zaman baginda tetapi selepas beberapa lama baginda wafat.

Sebagai contoh katanya, Islam menguasai Kota Kostantinople (Istanbul Turki) selepas 1,000 tahun kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Yang penting katanya, janji Nabi s.a.w. akan tetap berlaku walaupun selepas Nabi s.a.w. wafat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: