Monday, 20 January 2020

i-MiTS Bukit Besi Sedia Bimbing Anak Muda Manfaatkan Belanjawan 2020

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sedia membimbing serta membantu golongan belia bagi melihat ruang dan peluang yang ada dari belanjawan kerajaan negeri untuk tahun 2020.

Pembantu Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Bukit Besi, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Mubim berkata, menerusi belanjawan tersebut pelbagai keistimewaan ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada anak muda yang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pembangunan golongan belia.

“Satu sesi penerangan mengenai belanjawan 2020 bagi pembangunan belia negeri ini telah diadakan mengikut mukim di DUN Bukit Besi ini yang melibatkan Mukim Jengai, Mukim Besol dan Mukim Jerangau.

"Kita telah menerangkan kepada mereka mengenai belanjawan negeri didalam segmen mempersiap generasi belia masa hadapan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, menjelaskan mengenai usaha yang telah diaturkan bagi memperkasakan belia di DUN berkenaan, semalam.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff.

Katanya, diantara peluang yang boleh diraih melalui segmen berkenaan melalui tiga mekanisme.

"Iaitu persatuan dan aktiviti belia Negeri Terengganu, Program Sahabat Remaja Rabbani (Sahabat) serta program protege.

"Segmen ini menunjukkan bahawa kerajaan memang memandang serius mengenai pembangunan belia ke arah memastikan modal insan yang unggul berketrampilan dapat dilahirkan," katanya.

Belia DUN berkenaan jelasnya, perlu dipandu agar fokus kepada segmen berkenaan memandangkan aktif dengan pelbagai program juga turut mempunyai persatuan-persatuan tersendiri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: