Thursday, 2 January 2020

Hari Kedua, Anak-Anak SRIDI Bertambah Ceria

SHARE
Pelajar perempuan SRIDI.

KUALA TERENGGANU, 2 Januari – Sesi persekolahan yang memasuki hari kedua di Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam hari ini memperlihatkan keceriaan di wajah pelajar-pelajar.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, hasil tinjauan yang dilakukannya pagi tadi, kanak-kanak jelas sangat gembira.

Katanya, hari ini juga Ibu bapa tiada masalah meninggalkan anak-anak Tahun Satu walaupun masih ada seorang pelajar yang menangis kerana berpisah seketika dengan keluarga.

“Saya tinjau ruang setiap kelas memang sangat lega keluasannya. Ada ruang besar untuk aktiviti kelas masing-masing selain ruang kerusi meja pelajar dan guru.

“Dan bayangkan, setiap masing-masing kelas ada bilik air dan tandas sendiri. guru kelas tidak perlu bersusah memantau pergerakan pelajar yang ke tandas kerana jauh,” katanya dalam ‘Facebook’ rasminya.
Suasana dalam kelas yang dilengkapi kemudahan baharu seperti kerusi dan meja, tidak berlaku sebagaimana didakwa.
Menurut beliau, isu kekurangan fasiliti serta kelengkapan yang berlaku semalam tidaklah seteruk seperti yang disangka malah ia telah berjaya diselesaikan dengan pantas.

Tambah Ahmad Amzad, ia juga tidak mengganggu pembelajaran serta emosi para pelajar.

“Insya-Allah semua bilik kelas pelajar akan dipasang penghawa dingin dalam minggu depan dan saya yakin dalam tempoh yang tidak lama.

“Sebaik kelas dilengkapkan dan dihiaskan, ia akan menjadi antara sekolah yg paling selesa dan kurikulum yang terbaik,” jelasnya.

Beliau juga memberi penghargaan kepada semua pihak yang membantu mempromosikan SRIDI ke serata negeri dan negara.

Ahmad Amzad (dua dari kanan).




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: