Wednesday, 22 January 2020

Geng Masjid Junior Terima Hadiah

SHARE
Oleh ; Mustaqim Afandi

BESUT, 21 Januari - Seramai 100 orang kanak-kanak menerima hadiah sebuah basikal hasil daripada Program Geng Masjid Junior Kota Putera.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro & Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera mengambil inisiatif untuk memankinkan lagi kehadiran kanak-kanak ke masjid.

"Sambutan program ini amat memberangsangkan apabila lebih 150 kanak-kanak istiqomah ke masjid untuk solat berjamaah.

"Kepada mereka yang solat berjamaah penuh mereka mendapat sebuah hadiah basikal dan baucer makan KFC.

'Mereka juga akan dibawa ke santuari gajah di Tasik Kenyir pada 8 februari nanti," ujarnya.



Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Geng Masjid Junior pada Ahad, 19 Januari.

Antara empat masjid yang terlibat iaitu Masjid Limbongan,Masjid Islah Paya Rawa, Masjid Alur Lintang dan Masjid Pengkalan Nyireh.

Menurut Nurkhuzaini, Muaz Syarifuddin dari Masjid Limbongan telah menjadi johan keseluruhan membawa pulang hadiah pakej percutian ke Pulau Perhentian.

Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid yang kita pilih kerana memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.


"Insyaallah kita akan mencari lagi inisiatif lain lagi supaya anak-anak rajin untuk solat berjamaah dimasjid kerana itu juga tuntutan dalam agama Islam.

"Mudah-mudahan anak-anak muda ini akan tetap istiqomah untuk solat berjamaah dimasjid," tambah beliau.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: