Saturday, 25 January 2020

Futsal Piala Belia Platform Kembangkan Bakat

SHARE


KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Kejohanan Futsal Piala Belia Terengganu menjadi platform terbaik untuk anak muda negeri itu mempamerkan kebolehan dan mengembangkan bakat ke tahap yang lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan sebanyak 66 pasukan dari seluruh negeri membuktikan futsal sangat diminati oleh belia dan ia akan dipelihara sebaik mungkin supaya Terengganu dapat melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan itu.

“Mudah-mudahan program ini bukan dianjurkan pada hari ini sahaja, tetapi terus dirancakkan pada bulan-bulan berikutnya, mungkin kejohanan besar seumpama ini boleh diadakan setiap dua atau tiga bulan.

“Kita boleh melihat, penyertaan sangat ramai, ada yang datang dari Kemaman, dan menyeluruh dari Terengganu, tidak ketinggalan pasukan dari negara jiran kita, Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Hazlan Indoor Soccer, di sini hari ini.




Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan bakat belia dan sukan di Terengganu.

“Kecenderungan yang tinggi anak muda dalam sukan futsal mahupun bola sepak akan dijaga sebaik mungkin agar ia memberi hasil utuk negeri kita.

“Insya-Allah kita juga sedang menjalankan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang mana peringkat akhir akan berlangsung Februari nanti,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: