Sunday, 5 January 2020

DUN Bukit Besi Tingkat Aktiviti Dekati Masyarakat

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Januari- Aktiviti mendekati masyarakat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi akan dipergiat pada tahun ini.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, sebanyak RM23,000 turut diperuntukkan kepada 23 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di DUN berkenaan untuk tujuan tersebut.

Katanya, setiap MPKK akan menerima RM 1,000 bagi menjayakan program termasuk aktiviti sukaneka yang digemari masyarakat.

“Dimana dua minggu sekali akan kita adakan, apabila melibatkan 23 MPKK bermakna enam bulan lebih akan berlangsung.

"Dimana akan diserahkan tanggungjawab kepada pemuda untuk menguruskannya,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ramah Mesra Bersama Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Yahaya Ali, di Balairaya Taman Setia Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) semalam.

Turut Hadir, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu, Zarani Othman.

Ghazali berkata, di samping program digemari rakyat tersebut, aktiviti kebajikan dan kecaknaan kepada masyarakat akan turut diperkasakan.

“Tahun 2020 ini dianggap sebagai kesinambungan untuk aktiviti yang akan kita jalinkan melibatkan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN (PKMD) serta Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

“Dari sudut kerohanian pula program keagamaan akan diperkasakan kepada masyarakat melalui 16 buah masjid yang ada didalam DUN Bukit Besi serta 25 buah surau,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: