Saturday, 11 January 2020

Ditarik Ombak Kuat, Dua Pelajar UiTM Dikhuatiri Lemas

SHARE
Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat, tadi.


KUALA TERENGGANU, 11 Januari- Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Chendering, di sini, dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Pandak, di sini, petang tadi.

Penuntut berkenaan, Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, Kelantan, dan Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, Perak difahamkan datang ke lokasi kira-kira jam 5.30 petang, untuk mandi sebagai menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama 16 lagi rakan mereka.

Menurut sumber, ketika leka mandi, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Muhammad Nazrim Mat Asri, 20, Kelantan, dikatakan secara tiba-tiba ditarik ombak sebelum hilang di bawa arus.

Salah seorang rakan mangsa menceritakan situasi kejadian kepada pemberita.

"Panik melihat situasi itu, rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkan mereka namun gagal disebabkan arus yang kuat, sebelum meminta pertolongan penduduk yang berada berhampiran.

"Hanya seorang daripada mereka (Muhammad Nazrim) berjaya diselamatkan berikutan keadaan ombak yang kuat," kata Muhammad Nazrim  ketika ditemui di lokasi.

Penuntut berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini untuk rawatan selanjutnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.40 petang.

Keadaan di lokasi sejurus kejadian.

"Sejurus itu, seramai 17 anggota dikerahkan ke lokasi termasuk pasukan penyelamat di air (PPDA)," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat disambung awal pagi esok disebabkan keadaan ombak yang kuat.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: