Tuesday, 28 January 2020

Didik Anak Solat Seawal Tujuh Tahun

SHARE


Oleh: Mohd Asraf

DUNGUN, 28 Januari - Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menunaikan solat seawal usia tujuh tahun.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik berkata, menjadi kewajipan kepada ibu bapa dan penjaga untuk memerintahkan anak-anak menunaikan solat sejak umur tujuh tahun.

“Perintah tersebut mestilah dimulai dengan mengajar mereka hukum, amalan dan syarat  dalam solat untuk membiasakan mereka mendirikan solat dengan sempurna.

“Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak supaya beradab ketika menunaikan solat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan ‘Bengkel Bbetul Solat’ anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura di Surau Haji Wan Ismail, Jalan Melati disini.

Tambah Wan Hapandi lagi, jika mereka mengabaikan atau meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun, maka pukullah mereka sebagai pengajaran.

“Sebagai ibu bapa, kita juga seharusnya membawa anak anak kita ke surau atau masjid untuk melazimi mereka agar sentiasa dekat dengan rumah Allah,”ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: