Tuesday, 28 January 2020

Coronavirus, Ambil Iktibar Kisah Kesombongan Raja Namrud

SHARE



Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 28 Januari- Umat Islam diseru mengambil pengajaran daripada penularan wabak Coronavirus ketika ini untuk terus beriman kepada Allah SWT.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangka seperti penularan wabak ini, umat Islam sepatutnya lebih mendekatkan diri dan beristighfar memohon keampunan Allah SWT.

“Umat Islam perlu menjadikan pengajaran daripada kisah Raja Namrud yang berasa paling berkuasa tewas dengan sekecil nyamuk.

Kita perlu mengambil iktibar penularan wabak ini adalah salah satu daripada kekuasaanNya dan percaya bahawa Allah SWT mampu melakukan lebih hebat daripada ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau al - Ihsan, Batu 7, semalam.

Jelasnya lagi, virus yang sedang merebak di beberapa daerah di China membuktikan itu kekuasaan Allah melebihi segala - galanya.

"Kekejaman China menindas masyarakat Islam di sana (China) mungkin ia adalah sebagai kafarah yang dilakukan.

"Bahkan kita (Malaysia) sendiri terpaksa menghadapi wabak virus ini," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga - jaga dengan wabak yang tular sekarang ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: