Saturday, 25 January 2020

Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu Sudah Ada - Nafuzi

SHARE
Nafuzi Zain.

KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain mengakui beliau sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Walau bagaimanapun Nafuzi berkata, keputusan muktamad mengenai kesebelasan tersebut hanya akan diumumkan sebaik sahaja perlawanan persahabatan pra-musim berakhir.

Katanya, ia ekoran rata-rata pemainnya menunjukkan prestasi membanggakan dan sukar untuknya membuat keputusan dalam tempoh yang singkat.

“Kesebelasan utama pemain saya akan tentukan pada akhir Februari ini, iaitu selepas tiga atau empat lagi perlawanan persahabatan.

“Kita akan guna platform perlawanan persahabatan untuk mencari kelemahan, keserasian dan menilai prestasi pemain sebelum dapat tentukan barisan utama pasukan,” katanya yang akan berlepas ke Bangkok pada 28 Januari ini untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Indonesia, Madura United, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.

Mengulas tentang kemenangan yang diraih semalam, beliau berpuas hati dengan prestasi semua pemain yang mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan persahabatan dan juga latihan.

“Namun, biar pun kita menang pada malam ini, kita juga kelemahan dan kekurangan pasukan, ia akan diatasi sebelum aksi sebenar bermula,” tambah beliau.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: